Tuesday, June 26, 2012

kereta jingga - move on



aku bagaikan seorang pemandu volkswagen lama berwarna jingga
yang telah lama terhenti dek lampu isyarat merah .
walaupun mulanya menyala si warna hijau.
aku tetap disitu tanpa buat apa apa seperti yang di takdirkan aku bergerak 
orang dibelakang ku sentiasa memarahi agar aku terus kehadapan.
bergerak kehadapan tanpa memandang lagi kebelakang .
aku sudah penat berhenti disini terlalu lama.
itu..kereta kancil itu..dulunya sama seperti aku berhenti kerana merah.
dia dan lain lain sudah lama bergerak.
aku juga perlu bergerak kedepan.
sampai bila aku perlu di tinggalkan dibelakang.
sampai bila perlu mengenangkan si lampu merah .
si lampu merah pun dah lama lupakan si volkswagen jingga buruk ini .


aku perlu move on - insyaAllah belajar untuk bersedia .

No comments:

Post a Comment